Pertama

 Assalamualaikum salam sejahtera

Aku menulis bukan sebab pandai tapi sebab untuk rujukan aku sendiri di masa akan datang selain daripada aku nak tulis perjalanan aku dalam usaha menjadi seorang graduan Master. Aku betul-betul tak tahu kenapa aku ambil keputusan untuk sambung belajar (master), dalam bidang Sains Komputer sedangkan aku tak ada latar belakang yang baik dalam bidang ni.

Masa degree dulu, projek tahun akhir aku berkaitan dengan Neural Netwrok, image identification, Matlab & medical images; dan projek untuk program master kali ni pun berkaitan yang sama cuma applikasinya berbeza. Jadi, aku rasa ianya tak adalah kekok sangat.

Cuma kali ni aku kena naik taraf pengetahuan aku dalam bidang programming ni. Yelah kita kan nak maju ke hadapan bukan nak ke belakang. Sebelum ni aku banyak guna Matlab sebagai platform applikasi aku tapi bila aku mula mengkaji kebanyakan kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelum ni, banyak platform lain rupanya. Contohnya seperti Python, Ubuntu, Anaconda dan sebagainya.

Aku bermula dengan melayari beberapa laman sesawang yang aku dapat dari supervisor aku yang baik hati seperti Fast.ai, GitHub, Deep Learning dan banyak lagi link berkaitan sampai nak muntah juga rasanya. Terlalu banyak sumber yang aku nak hadam. Terlalu banyak kerja yang aku nak buat.

Aku bermula dengan memuat turun applikasi GitHub Desktop, kemudian applikasi Visual Studio Code. Mula-mula aku tak faham kenapa aku perlu download semua applikasi ni, tapi bila aku belajar dari web dan buat sendiri semuanya baru aku faham.

GitHub ni macam lubuk bagi seseorang pengkaji untuk meletakkan atau mencari source code untuk sesuatu program. Ia boleh dimuat turun oleh seisapa. Terdapat forum untuk berbincang tentang permasalahan yang dihadapi serta jalan penyelesaian. Selepas memasang applikasi GitHub desktop, aku mula memuat naik Code Editor - Visual Studio Code untuk ubahsuaian & menjalankan skrip. Yang penting, aku install Python sebab itu platform utama skrip yang aku bakal gunakan.

Setakat ini sahaja rasanya untuk pengalaman pertama aku dan aku akan tuliskan kisah permulaan aku menggunakan applikasi-applikasi ini di pautan yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2020

Seindah Lautan