Atau dikenali sebagai National Championship. Alhamdulillah pertama kali aku dapat masuk perlumbaan basikal peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18-20 September 2020. Terdapat 3 acara iaitu Team Time Trial (TTT), Individual Time Trial (ITT) dan Road Race. Aku masuk acara ITT (19 September) dan Road Race (20 September). Ini juga pengalaman pertama aku masuk acara ITT, menggunakan TT Bike yang dipinjam dari seorang pelumba lain. Walaupun basikal agak sedikit besar tapi syukur Alhamdulillah masih boleh digunakan. View this post on Instagram Alhamdulillah selesai satu race. Esok kita sambung perjuangan 💪🏼 Pengalaman pertama kayuh TT bike, kayuh atas roller sendiri & masuk event National Championship Terima kasih tokman, team PDRM & WP Putrajaya banyak tolong saya kat basikal, training & Macam2 lagi Terima kasih ibu ayah & family, kawan2 banyak support & doakan saya. In shaa Allah saya buat lebih baik untuk event aka...
Comments
Post a Comment