Seindah Lautan
mengapa kau suka duduk saja melihat laut? kerana ianya sungguh mendamaikan. walaupun hanya melihat tanpa bicara membuatkan jiwaku tenang sekali. pernah terbit rasa ingin memilikinya? tidak. aku hanya ingin singgah bila perlu dan punyai kelapangan masa. seburuk mana rumahku, ia tetap rumah. aku akan pulang. begitukah perasaannya padaku?