Posts

Showing posts from October, 2020

Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2020

Image
 Atau dikenali sebagai National Championship. Alhamdulillah pertama kali aku dapat masuk perlumbaan basikal peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18-20 September 2020. Terdapat 3 acara iaitu Team Time Trial (TTT), Individual Time Trial (ITT) dan Road Race. Aku masuk acara ITT (19 September) dan Road Race (20 September). Ini juga pengalaman pertama aku masuk acara ITT, menggunakan TT Bike yang dipinjam dari seorang pelumba lain. Walaupun basikal agak sedikit besar tapi syukur Alhamdulillah masih boleh digunakan. View this post on Instagram Alhamdulillah selesai satu race. Esok kita sambung perjuangan 💪🏼 Pengalaman pertama kayuh TT bike, kayuh atas roller sendiri & masuk event National Championship Terima kasih tokman, team PDRM & WP Putrajaya banyak tolong saya kat basikal, training & Macam2 lagi Terima kasih ibu ayah & family, kawan2 banyak support & doakan saya. In shaa Allah saya buat lebih baik untuk event aka...

Pertama

 Assalamualaikum salam sejahtera Aku menulis bukan sebab pandai tapi sebab untuk rujukan aku sendiri di masa akan datang selain daripada aku nak tulis perjalanan aku dalam usaha menjadi seorang graduan Master. Aku betul-betul tak tahu kenapa aku ambil keputusan untuk sambung belajar (master), dalam bidang Sains Komputer sedangkan aku tak ada latar belakang yang baik dalam bidang ni. Masa degree dulu, projek tahun akhir aku berkaitan dengan Neural Netwrok, image identification, Matlab & medical images; dan projek untuk program master kali ni pun berkaitan yang sama cuma applikasinya berbeza. Jadi, aku rasa ianya tak adalah kekok sangat. Cuma kali ni aku kena naik taraf pengetahuan aku dalam bidang programming ni. Yelah kita kan nak maju ke hadapan bukan nak ke belakang. Sebelum ni aku banyak guna Matlab sebagai platform applikasi aku tapi bila aku mula mengkaji kebanyakan kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelum ni, banyak platform lain rupanya. Contohnya seperti Python, Ubuntu,...