Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2020

 Atau dikenali sebagai National Championship.

Alhamdulillah pertama kali aku dapat masuk perlumbaan basikal peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18-20 September 2020. Terdapat 3 acara iaitu Team Time Trial (TTT), Individual Time Trial (ITT) dan Road Race.

Aku masuk acara ITT (19 September) dan Road Race (20 September).

Ini juga pengalaman pertama aku masuk acara ITT, menggunakan TT Bike yang dipinjam dari seorang pelumba lain. Walaupun basikal agak sedikit besar tapi syukur Alhamdulillah masih boleh digunakan.

Sebelum perlumbaan lagi aku dah mula rasa cemas. Bacaan heart rate melonjak naik sehingga 120bpm. Mujur ada kawan-kawan yang datang tolong tenangkan aku.

Bacaan heart rate aku sepanjang perlumbaan sangat tinggi. Bagi kategori Women Elite, kami hanya perlu menghabiskan 2 pusingan; dan 15km pusingan. Maka jumlah keseluruhan 30km. Walaupun jarak 30km kedengaran sangat sedikit, tetapi kesengsaraannya, hanya Allah sahaja yang tahu.

Bacaan Heart Rate yang tinggi

Graf menunjukkan bacaan heart rate, ketinggian dan kelajuan

Bentuk muka bumi bukanlah rata sepanjang jalan tetapi kami boleh berehat sedikit ketika menuruni bukit. Selain daripada tiada pengalaman, antara cabaran lain yang kami alami ketika pelumbaan ialah cuaca yang panas terik dan angin yang agak kuat.

View this post on Instagram

Kejohanan Kebangsaan Lebuhraya 2020 - Road Race Alhamdulillah dapat jadi finisher untuk 2nd event. 18km pertama dah terputus peloton, 2 lap lebih (1 lap 26km, WE 4 lap) kayuh sorang2 buat ITT sampai kena tangkap dengan peloton perempuan so ikut kayuh sampai finishing. Terdengar suara dari tepi (penonton) masa last lap ".. rider Putrajaya tu duduk dalam peloton perempuan.. ". Abang duduk dalam peloton perempuan bukan menakung je. Abang ada buat kerja jugak la 😭 kebetulan lalu depan korang abang pergi belakang recovery amek nafas Kepala pening sikit lagi nak pitam & rasa nak DNF. Sempat fikir panjang, bukan senang nak masuk event ni jadi tahan selagi boleh & teruskan jugak la sampai habis tak kira la apa result sekalipun. Pengalaman dalam race ni yang berharga bagi aku Terima kasih @c_foo_tokman , team PDRM & WP Putrajaya bagi kepercayaan kat saya untuk masuk race ni. Bukan kaleng2 jahat dia. Terima kasih kawan2 yang datang panas2 jerit bagi semangat. Terima kasih ibu ayah & kawan2 doakan yang terbaik. Terima kasih semua yang bagi sokongan padu. Minta maaf kaki & jantung tak kuat nak tahan. Saya akan baiki diri utk race akan datang in shaa Allah Terima kasih tokman & @wshah sebab bagi guna @astutowheels wheelset terbaik. Kayuh smooth betul walaupun angin kuat pelbagai arah tapi tak gelong. Walaupun kaki dah kong, tapi sebab wheelset sedap memang banyak bantu rider masa climb which is ada lagi momentum yang tak matikan speed bila sampai steep area Terima kasih support car PDRM & WP Putrajaya hulur air sejuk sedap ngat2 tadi. Sorry peloton perempuan x dpt nak share sebab haus Sgt 😂 #MalaysiaPrihatin #MalaysiaCares #kasilahchance #JomKayuh

A post shared by R A I N (@hudamcgyver) on

Ini pengalaman pertama aku dalam kejohanan. Alhamdulillah aku mendapat tempat ke 5 bagi acara ITT dan tempat ke 10 untuk acara Road Race. In shaa Allah akan buat yang terbaik dan perbaiki kesilapan jika diberi peluang pada perlumbaan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Seindah Lautan