Posts

Seindah Lautan

 mengapa kau suka duduk saja melihat laut? kerana ianya sungguh mendamaikan. walaupun hanya melihat tanpa bicara membuatkan jiwaku tenang sekali. pernah terbit rasa ingin memilikinya? tidak. aku hanya ingin singgah bila perlu dan punyai kelapangan masa. seburuk mana rumahku, ia tetap rumah. aku akan pulang. begitukah perasaannya padaku?

Prasangka

Image
Tak marah Cuma sedih Tapi bila difikirkan Aku patut tahu Di mana aku berdiri Maka kesedihan itu Tidak beerti Disisi mereka Huda-2021

Penjaga Malam

 Hari ni aku rasa letih. Letih yang sedikit membuatkan aku berasa mengantuk. Aku berasa hairan tapi tak mengapa. Mungkin ini satu perkara yang baik untuk aku memperbetulkan kembali masa tidur  aku yang sudah hampir sebulan tidak menentu. Jam baru menunjukkan pukul 9:00 malam dan sepatutnya aku ada 3 jam latihan kayuhan hari ini. Aku ponteng lalu melayari beberapa applikasi sosial media - dan terlelap. Aku mengira-ngira, paling lewat aku akan bangun jam 5:00 pagi - cukup 8 jam aku tidur. Handphone aku berbunyi, bergetar untuk beberapa kali untuk notifikasi daripada applikasi yang berbeza. Aku berusaha untuk tidak mempedulikannya sehingga aku betul-betul terjaga. Aku kelipkan mata untuk beberapa kali. Ya. Aku kembali segar. Ah baru 2:45 pagi. Boleh la dapat 6 jam tidur. Walaupun tak betul-betul lena tapi aku rasa cukup untuk hari ni. Aku bangun - bersihkan muka, gosok gigi dan berwudhuk. Aku anggap mungkin satu cara untuk Allah jentik hati aku beribadah kepadaNya. 

Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2020

Image
 Atau dikenali sebagai National Championship. Alhamdulillah pertama kali aku dapat masuk perlumbaan basikal peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka pada 18-20 September 2020. Terdapat 3 acara iaitu Team Time Trial (TTT), Individual Time Trial (ITT) dan Road Race. Aku masuk acara ITT (19 September) dan Road Race (20 September). Ini juga pengalaman pertama aku masuk acara ITT, menggunakan TT Bike yang dipinjam dari seorang pelumba lain. Walaupun basikal agak sedikit besar tapi syukur Alhamdulillah masih boleh digunakan. View this post on Instagram Alhamdulillah selesai satu race. Esok kita sambung perjuangan 💪🏼 Pengalaman pertama kayuh TT bike, kayuh atas roller sendiri & masuk event National Championship Terima kasih tokman, team PDRM & WP Putrajaya banyak tolong saya kat basikal, training & Macam2 lagi Terima kasih ibu ayah & family, kawan2 banyak support & doakan saya. In shaa Allah saya buat lebih baik untuk event aka...

Pertama

 Assalamualaikum salam sejahtera Aku menulis bukan sebab pandai tapi sebab untuk rujukan aku sendiri di masa akan datang selain daripada aku nak tulis perjalanan aku dalam usaha menjadi seorang graduan Master. Aku betul-betul tak tahu kenapa aku ambil keputusan untuk sambung belajar (master), dalam bidang Sains Komputer sedangkan aku tak ada latar belakang yang baik dalam bidang ni. Masa degree dulu, projek tahun akhir aku berkaitan dengan Neural Netwrok, image identification, Matlab & medical images; dan projek untuk program master kali ni pun berkaitan yang sama cuma applikasinya berbeza. Jadi, aku rasa ianya tak adalah kekok sangat. Cuma kali ni aku kena naik taraf pengetahuan aku dalam bidang programming ni. Yelah kita kan nak maju ke hadapan bukan nak ke belakang. Sebelum ni aku banyak guna Matlab sebagai platform applikasi aku tapi bila aku mula mengkaji kebanyakan kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelum ni, banyak platform lain rupanya. Contohnya seperti Python, Ubuntu,...